Alhamdulillah, pada masa sekarang ini semua pengguna di SCS
Communication dapat mempergunakan kedua-dua repeater SCS
Communication & Sport untuk berkomunikasi.
SCS:SLD01 dan SCS:SLD02 telah pun mula beroperasi sepenuhnya
pada 14 Januari 2007. Seperti mana yang
telah dijanjikan oleh pihak SCS Communication & Sport,
pengguna di SCS Communication & Sport akan menggunakan 2
frekuansi repeater.
Pihak SCS merakamkan ucapan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli dan
pertubuhan-pertubuhan radio amatur di Malaysia yang telah
memberikan sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dan
yang akan dilaksanakan oleh pihak SCS sebagai peneraju
kepada penggunaan radio komunikasi kepada SWAL yang masih
belum memiliki lesen radio amatur (Apparatus Assignment).
Ini adalah selaras dengan misi dan visi
wujudnya SCS Communication & Sport untuk
meperkenalkan kepentingan
penggunaan radio tanpa wayar kepada umum serta melatih dan
membimbing SWAL ke arah menjadi seorang pengguna radio amatur
yang mempunyai Apparatus Assignment kelas B yang sah serta menjadikan ia sebagai satu
hobi bagi seluruh keluarga. |