|
Selaras dengan `trend' dan gaya hidup di kota
yang sibuk dan telah banyak menghadkan masa untuk riadah dan
bersosial, maka kami di SCS telah menyediakan pelbagai jenis
aktiviti riadah yang boleh melibatkan aktiviti seisi keluarga.
Oleh yang demikian, selain dari aktiviti utama
di SCS yang menjadikan penggunaan radio sebagai satu hobi yang
utama, kami menyediakan aktiviti-aktiviti lain yang boleh
dilakukan bersama seisi keluarga dalam meningkatkan hubungan
antara rakan dan keluarga. Antara aktiviti-aktiviti yang kami sediakan
adalah;
-
Sukan Menembak
-
Sukan 4x4
-
Sukan Memanah
-
Aktiviti Hobi Remote Control (RC)
-
Aktiviti Riadah/Jalan-Jalan Cari Makan Bersama
Keluarga
-
Aktiviti Kelas Memasak (untuk YL dan XYL)
-
Kursus/Seminar motivasi untuk harmonic
(anak-anak) yang akan menduduki peperiksaan
|