|
Pendaftaran sebagai pengguna di SCS
Communication adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan SCS dan ianya
terbahagi kepada 5 kategori, iaitu;
A. Pendaftaran Individu
B. Pendaftaran Berkumpulan
C. Pendaftaran Korporat
D. Pendaftaran Pelawat (Visitor)
E. Pendaftaran Ahli Fellowship
|
| A. Pendaftaran
Pengguna Individu |
| |
-
Pendaftaran pengguna individu atau
orang perseorangan adalah terbuka kepada semua warga
Negara Malaysia atau yang bermastautin di Malaysia yang
berumur 14 tahun dan ke atas.
-
Individu berkenaan hendaklah bebas dari
sebarang jenis rekod jenayah dan tidak disabitkan dengan
mana-mana kesalahan jenayah yang mana boleh mencemarkan
nama baik SCS Communication & Sport.
-
Bayaran pendaftaran adalah sebanyak
RM200.00 (One-Off Registration), dan bayaran tahunan
adalah sebanyak RM150.00 hendaklah dijelaskan pada atau
sebelum 31hb Disember pada setiap tahun.
-
Callsign yang akan diberikan boleh
digunakan untuk seisi keluarga jika sekiranya bapa yang
menjadi pengguna berdaftar di SCS Communication & Sport
dan sebaliknya.
|
| B. Pendaftaran
Pengguna Berkumpulan |
| |
-
Pendaftaran pengguna berkumpulan adalah
dibuka kepada mana-mana kelab/pertubuhan/kumpulan individu
yang ingin mendaftar sebagai pengguna di SCS Communication
& Sport secara berkumpulan.
-
Bilangan pendaftaran pengguna kumpulan
yang ingin memohon pendaftaran secara berkumpulan di SCS
Communication & Sport hendaklah seramai 5 orang (minima).
-
Mereka atau kumpulan yang berkenaan
hendaklah berumur 14 tahun ke atas dan HANYA Warganegara
Malaysia sahaja yang layak memohon dan dipertimbangkan.
-
Mereka yang berkenaan hendaklah bebas
dari sebarang jenis rekod jenayah dan tidak disabitkan
dengan mana-mana kesalahan jenayah yang mana boleh
mencemarkan nama baik SCS Communication.
-
Bayaran pendaftaran adalah sebanyak
RM170.00 (One-Off Registration) seorang, dan bayaran
tahunan adalah sebanyak RM150.00 hendaklah dijelaskan pada
atau sebelum 31hb Disember pada setiap tahun.
-
Callsign yang akan diberikan boleh
digunakan untuk seisi keluarga jika sekiranya bapa yang
menjadi pengguna berdaftar di SCS Communication dan
sebaliknya.
|
| C. Pedaftaran
Pengguna Korporat |
| |
|
Sebagai tanda sokongan dan terima kasih
kepada Kelab-Kelab Radio Amatur di Malaysia yang menyokong
penubuhan SCS Communication & Sport, Pakej Korporat yang
ditawarkan oleh SCS Communication & Sport kepada seluruh
warga HAM di Malaysia yang menjadi ahli kepada mana-mana
kelab Radio Amatur di Malaysia dengan bayaran pendaftaran
minima hanya RM170.00 untuk digunakan bagi satu keluarga.
Pakej pengguna korporat yang ditawarkan ini adalah tertakluk
kepada syarat-syarat berikut ;
|
-
Pendaftaran pengguna korporat adalah
terbuka kepada semua warga Ham yang mempunyai callsign
bermula dengan 9W2/9M2, 9W6/9M6 dan 9W8/9M8.
-
Mereka yang telah mempunyai `callsign’
amatur yang hendak memohon sebagai pengguna di SCS
Communication & Sport hendaklah menjadi ahli yang
berdaftar dengan mana-mana Kelab atau Pertubuhan Radio
Amatur yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sahaja.
-
Individu berkenaan hendaklah bebas dari
sebarang jenis rekod jenayah dan tidak disabitkan dengan
mana-mana kesalahan jenayah yang mana boleh mencemarkan
nama baik SCS Communication & Sport.
-
Bayaran pendaftaran adalah sebanyak
RM120.00 (One-Off Registration), dan bayaran tahunan
adalah sebanyak RM120.00 hendaklah dijelaskan pada atau
sebelum 31hb Disember pada setiap tahun.
-
Permohonan hendaklah menggunakan borang
pendaftaran ASAL SCS Communication & Sport dan hendaklah
dikepilkan bersama dengan salinan kad keahlian Pertubuhan
Radio Amatur yang berdaftar (jika ada) dan disahkan oleh
Presiden/Naib Presiden/Setiausaha Pertubuhan Radio Amatur
yang berkenaan.
-
Callsign yang akan diberikan boleh
digunakan untuk seisi keluarga jika sekiranya bapa yang
menjadi pengguna berbayar di SCS dan sebaliknya.
|
| D. Pendaftaran
Pengguna Pelawat |
| |
|
Bagi memudahkan warga pengguna radio yang berada di luar
Lembah Klang khususnya ketika berkunjung ke Kuala Lumpur dan
memerlukan radio sebagai perhubungan, SCS Communication
menawarkan pendaftaran pengguna `Pelawat’ yang sah digunakan
selama 3 hari dari tarikh permohonan diluluskan. |
| |
-
Permohonan callsign pelawat boleh
dimohon dengan menghubungi pihak pengurusan SCS
Communication iaitu SC1-LE(9W2SLC) No Telefon :
012.381.5969 atau SC1-GT(9W2SHC) No. Telefon 019.321.8549.
-
Bayaran sumbangan untuk repeater
sebanyak RM20.00 akan dikenakan.
-
Callsign akan diberikan bermula dengan
huruf (VC=Visitor) dan diikuti dengan kod negeri pelawat
berkenaan serta 3 huruf callsign pilihan.
|
| E. Pendaftaran
Keahlian Fellowship |
| |
-
Keahlian Fellowship atau Anugerah Khas callsign adalah
merupakan keahlian yang diberikan atau dianugerahkan
kepada individu-individu yang dipilih berdasarkan kepada
sumbangan atau sokongan yang diberikan kepada SCS
Communication & Sport serta sumbangan yang telah diberikan
kepada perkembangan dunia Ham di Malaysia.
-
Callsign ini dianugerahkan dengan persetujuan daripada
Penaung SCS Communication & Sport iaitu Y.B.M Tunku Abdul
Jalil Ibni Tunku Osman.
-
Nama-nama mereka yang hendak dianugerahkan sebagai
pengguna Kehormat ini, akan dicadangkan oleh pihak
pengurusan SCS Communication & Sport kepada Y.B.M Tunku.
|
|
Sebarang pertanyaan untuk menjadi pengguna di SCS Communication &
Sports, boleh berhubung terus dengan SC1-LE (9W2SLC):019.381.5969,
SC1-GT (9W2SHC):019.321.8549 atau SC1-WW :019.375.4950 atau email
kepada sc1le@scs.net.my |
| |
| |