|
SCS
Communication & Sport (SCS) telah ditubuhkan secara rasminya
4hb Oktober 2006. Penubuhanan SCS ini telah diperkenankan
oleh YBM Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman (9M2 TJO), yang
juga merupakan sebagai penaung dan pemilik kepada repeater
SCS Communication & Sport.
Penubuhan SCS ini adalah sebagai kesinambungan kepada usaha
dan perjuangan kami dahulu dalam
SACC
yang telah dibubarkan secara rasmi pada 20 September 2006,
ekoran dari perasaan khianat dan iri hati rakan-rakan yang
tidak mematuhi kehendak-kehendak asas dan tidak tahu tentang
sejarah penubuhan SACC, sehingga membawa kepada penarikan
balik penggunaan frekuansi dan repeater.
Justeru itu, SCS Communication & Sport : The Pre-Amateur
Radio ditubuhkan bagi menyediakan satu platform kepada
peminat-peminat radio amatur yang masih belum memiliki lesen
(Apparatus Assignment) radio amatur untuk menggunakan radio
komunikasi dan sekaligus mendidik ke arah memiliki lesen
radio amatur (9W2) di Semenanjung Malaysia khususnya di
kawasan Lembah Klang.
SCS (dahulunya dikenali dengan SACC) telah banyak melahirkan
warga HAM di Malaysia, khususnya di Lembah Klang.
Visi dan Misi
penubuhan SCS adalah bertujuan untuk mengelakan SWAL dari
menggunakan frekuansi-frekuansi `haram' yang mungkin boleh
mengganggu frekuansi-frekuansi lain yang telah dikhaskan
oleh pihak MCMC kepada badan atau pertubuhan yang lain. |