SYARAT DAN PERATURAN SEBAGAI PENGGUNA

Permohonan pendaftaran sebagai pengguna di SCS COMMUNICATION & SPORTS terbuka kepada semua pihak berdasarkan kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak SCS COMMUNICATION & SPORTS sebagai pembekal perkhidmatan kepada pengguna yang berdaftar.

Jika sekiranya pemohon bersetuju dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, sila muat turun borang pendaftaran pengguna berserta dengan surat akujanji yang telah disediakan dan hantarkan kepada Pengarah Pentadbiran SCS COMMUNICATION & SPORTS bersama dengan maklumat-maklumat lain yang dikehendaki sepertimana tercatit di dalam borang pendaftaran.

PERKARA 1

 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SEBAGAI PENGGUNA

 

 

 

 

(1)

Semua warganegara Malaysia berumur 14 tahun ke atas dan juga pelawat dari negara asing yang memasuki Malaysia secara sah sahaja layak memohon untuk menjadi pengguna perkhidmatan yang disediakan di SCS COMMUNICATION & SPORTS.

 

(2)

Bagi pemohon yang memohon untuk menjadi pengguna di SCS COMMUNICATION & SPORTS yang berumur di bawah 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa atau penjaganya, manakala bagi pelawat hendaklah menyertakan sekali salinan passport.

 

(3)

Setiap permohonan untuk menjadi pengguna di SCS COMMUNICATION & SPORTS hendaklah mengisi borang permohonan ASAL dan menandatangani surat Akujanji ASAL sebagai pengguna di SCS COMMUNICATION & SPORTS yang boleh dimuat turun melalui halaman web SCS COMMNUNICATION & SPORTS. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada pihak Pengarah SCS COMMUNICATION & SPORTS iaitu iaitu SC1-LE/9W2SLC, SC1-GT/9W2SHC ATAU SC1-WW yang akan membuat tapisan keselamatan dengan pihak Polis agar pemohon bebas dari sebarang salahlaku jenayah. Pihak lembaga pengarah boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan yang dikemukakan tanpa perlu memberi alasan penolakan tersebut.

 

(4)

Seseorang pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk dan fi keahlian tahunan seperti yang ditetapkan sebelum diterima menjadi pengguna.

 

(5)

 

Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan masih belum mempunyai hak sebagai pengguna sehingga pembayaran yang tersebut di para (5) di atas dijelaskan.

 

(6)

Setiap pengguna yang permohonannya diluluskan, akan diberikan satu salinan lesen komunikasi yang mengesahkan ianya adalah pengguna berdaftar dengan SCS COMMUNICATION & SPORTS.  

 

(7)

Setiap pengguna (SWAL) yang permohonannya diluluskan dan diterima menjadi pengguna berdaftar SCS COMMUNICATION & SPORTS, ianya adalah terikat dengan peraturan SCS  COMMUNICATION & SPORTS yang mengkehendakinya menduduki dan lulus dalam peperiksaan RAE bagi tempoh yang ditetapkan dalam tempoh masa 2 tahun ianya mendaftar sebagai pengguna di SCS COMMUNICATION & SPORTS.

  (8)

Setiap pengguna yang keahlian penggunanya telah diluluskan, TIDAK BERHAK/TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang nama atau logo atau perkataan yang merujuk kepada SCS Communication & Sport bagi sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis dari pihak Lembaga Pengarah SCS Communication & Sport.

       

PERKARA 2

 

BAYARAN PENDAFTARAN PENGGUNA, FI TAHUNAN DAN BAYARAN LAIN

 

 

 

 

(1)

Bayaran pendaftaran pengguna dan fi yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

 

 

a)

Bayaran pendaftaran pengguna individu adalah sebanyak RM200.00 untuk tahun pertama (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)

 

 

b)

Bayaran pendaftaran pengguna berkumpulan dengan pendaftaran 5 orang (minima) adalah sebanyak RM170.00  seorang untuk tahun pertama (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puloh Sahaja)

 

 

c)

Bayaran pendaftaran pengguna Korporat adalah sebanyak RM120.00 untuk tahun pertama (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puloh Sahaja)

 

 

d)

Bayaran pendaftaran pengguna pelawat adalah sebanyak RM20.00 untuk 3 hari dan terhad kepada 3 kali pendaftaran sahaja. (Ringgit Malaysia Dua Puloh Sahaja)

 

 

e)

Fi Tahunan bagi tahun yang berikutnya adalah sebanyak RM150.00 kepada ketiga-tiga jenis pengguna di atas. (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puloh Sahaja)

 

 

 

 

 

(2)

Fi Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Pengarah Pentadbiran SCS COMMUNICATION & SPORTS sebelum atau pada 31 Disember setiap tahun.

 

(3)

Notis pembayaran fi tahunan akan dihebahkan melalui Serambi Net SCS COMMUNICATION & SPORTS atau Halaman web atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pada setiap 1hb Disember setiap tahun.

 

(4)

Pengguna yang fi tahunannya tertunggak selepas tamat tempoh 31hb Disember dengan sendirinya terlucut daripada menjadi pengguna berdaftar di SCS COMMUNICATION & SPORTS dan pihak Lembaga Pengarah berhak untuk menamatkan pendaftarannya tanpa sebarang prejudis. Walau bagaimanapun Pihak Lembaga Pengarah mampunyai budi bicara untuk malanjutkan tempoh bayaran yang tertunggak berdasarkan sebab-sebab yang difikirkan munasabah melalui surat rasmi daripada pengguna.

 

(5)

Pihak Pengarah mempunyai kuasa menetapkan fi masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan pendaftarannya terlucut disebabkan tunggakan fi tahunan.

 

(6)

Fi khas atau kutipan wang daripada pengguna untuk sesuatu perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan dan keikhlasan pengguna secara sukarela.

 

 

 

 

PERKARA 3

 

PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMECATAN PENGGUNA

 

 

 

 

(1)

Pengguna yang hendak berhenti dari menjadi pengguna berdaftar di SCS COMMUNICATION & SPORTS hendaklah memberi dua minggu notis bertulis kepada Pihak Lembaga Pengarah dan menjelaskan segala tunggakan bayaran hutangnya kepada pihak SCS COMMUNICATION & SPORTS.

 

(2)

Mana-mana pengguna yang gagal mematuhi peraturan atau undang-undang SCS COMMUNICATION atau bertindak dengan cara yang boleh mencemarkan nama baik Penaung SCS COMMUNICATION & SPORTS, Lembaga Pengarah SCS COMMUNICATION & SPORTS boleh membatalkan pendaftarannya atau digantung pendaftarannya bagi suatu tempoh tertentu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Pihak Lembaga Pengarah.

 

(3)

Pengguna yang berdaftar berhak mengemukakan rayuan terhadap penggantunggan atau pemecatan kepada Pihak Lembaga Pengarah dalam tempoh masa selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh surat penggantungan atau pemecatan tersebut. Pemecatan atau penggantungan akan berkuat kuasa serta merta dari tarikh surat tersebut dikeluarkan. Hak-hak keistimewaan sebagai pengguna yang berdaftar adalah terlucut secara sendirinya bermula dari tarikh surat pemecatan atau penggantungan dikeluarkan.

 

PERKARA 4

 

LARANGAN-LARANGAN DALAM MENGGUNAKAN RADIO

 

 

 

 

 

Setiap pengguna yang berdaftar dan bernaung di bawah SCS COMMUNICATION & SPORTS adalah DILARANG sama sekali menggunakan radio untuk perkara-perkara seperti berikut;

 

 

 

 

 

(1)

Memancar menggunakan radio yang mengandungi perkara-perkara yang berhubung-kait dengan Anti Kerajaan, Politik, Agama, Isu Perkauman, Perniagaan yang mendatangkan keuntungan peribadi serta lain-lain isu sensitif yang menghina atau memperkecilkan mana-mana agama, kaum, pertubuhan atau orang perseorangan.

 

(2)

Memancar sebarang muzik atau lagu; memancar sebarang bentuk komunikasi yang ditakrif dibawah akta jenayah; mencerca atau menggunakan bahasa lucah yang terlampau.

 

(3)

Memancar atau menghebahkan sebarang berita atau khabar angin dan juga membuat sebarang publisiti tentang sesuatu kegiatan atau aktiviti yang akan mendatangkan kemudaratan kepada pihak Penaung. Lembaga Pengarah dan SCS COMMUNICATION & SPORTS khususnya.

 

(4)

Memancar menggunakan radio untuk mengganggu mana-mana frekuansi yang lain; menyamar atau dengan niat untuk mengaburi mata pihak awam dengan menggunakan peralatan radio komunikasi; menyamar sebagai pemegang lesen radio amatur.

 

(5)

Memancar atau menggunakan frekuansi lain yang tidak berdaftar/diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

 

(6)

Larangan-larangan lain yang tertakluk kepada undang-undang Kerajaan Malaysia.

 

PERKARA 5

 

KEISTIMEWAAN PENGGUNA BERDAFTAR SCS COMMUNICATION

 

 (1)

 

 

 Pengguna berdaftar dengan SCS COMMUNICATION & SPORTS akan menikmati kemudahan menggunakan 2 repeater hakmilik SCS COMMUNICATION & SPORTS dan rakan kongsi pihak SCS COMMUNICATION & SPORTS.

 

 (2)

 Dengan menjadi pengguna berdaftar dengan SCS COMMUNICATION & SPORTS, seluruh ahli keluarga yang berumur 14 tahun dan ke atas adalah dibenarkan menggunakan frekuansi SCS COMMUNICATION & SPORTS untuk memancar. Sebagai contoh, jika sekiranya si bapa menjadi ahli kepada SCS COMMUNICATION & SPORTS dengan menggunakan `call sign? SCX-XX, maka seluruh isi keluarganya dibenarkan mengunakan `call sign? bapanya. Contoh;

 

 

 

 

 

 

 

Pengguna Berdaftar :

 

 

 

SCX-XX

 

 

 

Isteri : SCX-XX1

 

 

 

Anak 1 : SCX-XX2

 

 

 

Anak 2 : SCX-XX3

 

 

 

Anak 3 : SCX-XX4

 

 

 

 

 

 

 

Jika sekiranya, pengguna berdaftar mempunyai isteri lebih dari satu maka penggunaan `call sign? bagi isteri ke-2 adalah seperti berikut;

 

 

 

 

 

 

 

Pengguna Berdaftar :

 

 

 

 

 

 

 

SCX-XX

 

 

 

Isteri 1 : SCX-XX1A

 

 

 

Isteri 2 : SCX-XX1B

 

 

 

Isteri 3 : SCX-XX1C

 

 

 

Isteri 4 : SCX-XX1D



 
©Copyright SCS Communication & Sport 2006